Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KESEMUA ANGGOTA EMT MERCY MALAYSIA BERJAYA DIBAWA KELUAR DARI RAFAH, GAZA

DALAM NEGARA

KESEMUA ANGGOTA EMT MERCY MALAYSIA BERJAYA DIBAWA KELUAR DARI RAFAH, GAZA

Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Sabtu mengesahkan kesemua enam anggota Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia telah berjaya dibawa keluar dengan selamat dari Rafah, Gaza.

Sumber Gambar: MERCY Malaysia

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Sabtu mengesahkan kesemua enam anggota Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia telah berjaya dibawa keluar dengan selamat dari Rafah, Gaza. 

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan enam anggota EMT dibawa keluar dari zon konflik secara berperingkat bersama-sama dengan petugas antarabangsa yang lain.

“Sebahagian ahli-ahli EMT ini telah dibawa keluar masing-masing pada 23, 24 dan 28 Mei manakala kumpulan terakhir yang terdiri daripada dua orang ahli EMT telah dibawa keluar pada 31 Mei,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar ingin merakamkan penghargaan kepada semua rakan antarabangsa yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan keselamatan petugas warganegara Malaysia tersebut sehingga mereka berjaya dipindahkan keluar dari zon konflik

Kenyataan itu menyatakan bahawa kementerian juga ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia agar tidak melakukan sebarang perjalanan ke mana-mana zon konflik.

Beribu-ribu rakyat Palestin melarikan diri dari kawasan barat Rafah selepas tentera Israel meluaskan serangannya ke bandar itu pada Isnin malam (27 Mei).

Ramai rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah untuk penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Tal al-Sultan, barat laut pusat bandar Rafah, kata sumber perubatan kepada Agensi Anadolu.

Menurut saksi, serangan itu menyebabkan kakitangan perubatan dan pesakit terperangkap di dalam klinik Tal al-Sultan dan hospital medan Indonesia di Rafah.

Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menuntut gencatan senjata segera.

Sekurang-kurangnya 36,050 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, sebahagian besarnya adalah wanita dan kanak-kanak manakala lebih 81,000 yang lain cedera sejak Oktober lepas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading