Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KETUA IAEA GESA PEMERIKSAAN NUKLEAR DI IRAN DISAMBUNG SEMULA

DUNIA

KETUA IAEA GESA PEMERIKSAAN NUKLEAR DI IRAN DISAMBUNG SEMULA

Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menggesa agar pemeriksaan nuklear di Iran disambung semula susulan gencatan senjata antara Iran dan Israel.

Sumber Gambar: AFP

VIENNA: Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menggesa agar pemeriksaan nuklear di Iran disambung semula susulan gencatan senjata antara Iran dan Israel, lapor agensi berita Jerman dpa.

“Menyambung semula kerjasama dengan IAEA adalah kunci kepada kejayaan perjanjian diplomatik bagi menyelesaikan pertikaian berhubung aktiviti nuklear Iran,” kata Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

“Saya telah menulis kepada Menteri Luar (Abbas) Araghchi untuk menekankan kepentingan bekerjasama dan mencadangkan pertemuan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, para pemeriksa IAEA kekal berada di Iran sepanjang konflik dan kini bersedia untuk kembali ke kemudahan nuklear negara itu bagi mengesahkan jumlah bahan nuklear yang dimiliki Iran.

Antara yang perlu disahkan ialah lebih 400 kilogram uranium yang diperkaya sehingga 60 peratus — hampir ke tahap yang boleh digunakan untuk senjata nuklear.

Kali terakhir kemudahan nuklear Iran diakses adalah hanya beberapa hari sebelum serangan udara Israel bermula pada 13 Jun.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pegawai kanan di Tehran memberi bayangan kemungkinan Iran menggantung kerjasama dengan badan pemantauan nuklear yang berpangkalan di Vienna itu.

Tahap kerosakan terhadap kemudahan nuklear Iran akibat serangan Israel dan Amerika Syarikat baru-baru ini masih belum dapat dipastikan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading