BUTTERWORTH: Dua buah kilang memproses makanan di Butterworth, Pulau Pinang diarah tutup selama 14 hari selepas didapati gagal mematuhi aspek kebersihan kilang makanan.
Arahan penutupan dibuat Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN) semasa ‘Ops Bersih’ yang dijalankan hari ini.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata, pemeriksaan di sebuah kilang memproses kicap di Bagan Lebai Tahir di Butterworth menemui bulu binatang, ranting kayu dan daun kering di dalam bekas pemerapan soya.
Selain itu, pihaknya mendapati bekas tong kicap gentian kaca yang tidak bersih dan berkulat telah di gunakan pengusaha kilang terbabit sejak 20 tahun lepas.
Mohd Wazir berkata, pemilik premis sudah menjalankan perniagaan hampir 50 tahun namun didapati gagal mematuhi aspek kebersihan yang digariskan JKN.
“Kita lihat banyak bekas sudah pecah dan reput dan mungkin masuk ke dalam sos dan boleh menyebabkan keracunan dan pencemaran fizikal.
“Selain itu ada juga ranting kayu, daun dan bulu binatang dan tidak mustahil najis burung terjatuh dalam bekas tersebut,” katanya.
Selain itu, pemilik juga didapati mengitar semula botol terpakai dengan mengisi kicap yang baru diproses sebelum ia dipasarkan di negeri itu.
Mohd Wazir berkata, semasa pemeriksaan, pihaknya mendapati botol kosong itu dibersihkan sendiri serta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Sementara itu, pemeriksaan di sebuah kilang roti yang telah beroperasi sejak enam tahun lepas di Raja Uda, Butterworth pula menemui najis tikus bertaburan di atas lantai dan bekas pembakar roti yang sudah lama tidak digunakan.
Jelasnya , terdapat juga kesan minyak lama di dulang roti dan keadaan yang tidak bersih itu dibimbangi akan berlaku pencemaran mahupun keracunan makanan.
“Kita dapatu terlalu banyak najis tikus yang masih basah bermakna masih baru lagi dan pengusaha tidak mengamalkan Jaminan Keselamatan Makanan,” katanya.
Premis berkenaan ditutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Sebanyak sembilan notis juga telah dkeluarkan dengan nilai kompaun keseluruhan mencecah RM9,000.
Seramai 26 anggota terdiri pegawai JKN, dan Pegawai penguatkuasa Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) terlibat dalam ops yang dijalankan bermula jam 10 pagi . –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked