PANJAT BALKONI PANGSAPURI, IBU BAPA DIHARAP PANTAU ANAK
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan dirakam dalam keadaan berbahaya kerana bermain di hujung balkoni di sebuah rumah pangsapuri.
Berdasarkan video yang tular di laman Facebook, kanak-kanak perempuan itu sedang meniti di balkoni rumahnya di sebuah pangsapuri setinggi kira-kira 18 tingkat.
Video tersebut turut memaparkan gelagat kanak-kanak itu memanjat semula pagar balkoni untuk masuk ke dalam rumahnya yang turut diperhatikan seorang lagi kanak-kanak dipercayai adiknya.
Ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak kelihatan dalam video yang dirakam.
“Saya yang tengok pun dah rasa gayat, ketar lutut.
“Allahuakbar nak gugur jantung tengok video.
“Kita pula yang seram sejuk tengok kanak-kanak itu memanjat. Tolonglah pantau anak di bawah jagaan masing-masing,” antara komen-komen warga net.–AlHijrah Online
Pingback: Panjat P4gar Balkoni, Ibu Bapa Kanak-Kanak Sudah Ditegur