KULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melakukan libat urus dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membincangkan pengisian perjawatan tetap baharu membabitkan jawatan pegawai perubatan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata langkah itu bagi meringankan bebanan ditanggung pegawai perubatan selain mengisi kekosongan di kemudahan kesihatan awam di seluruh negara.
Beliau berkata KKM telah memohon supaya perjawatan tetap pegawai perubatan ditambah dan punca kuasa perkara ini bukan terletak di bawah KKM.
“Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Mahathar Abd Wahab juga sedang melihat secara menyeluruh mengenai pengagihan tidak seimbang dan pengisian mengikut keperluan semasa pegawai perubatan di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Tanpa Tembakau dan Hari Tuberculosis Sedunia di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Dr Mohtar Pungut @ Ahmad.
Beliau diminta mengulas gesaan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira yang meminta kerajaan memansuhkan lantikan jawatan doktor secara kontrak bagi memulihkan keyakinan mereka untuk terus berkhidmat dalam sektor awam.
Dalam pada itu, Lukanisman berkata KKM juga sudah menyelesaikan fasa pertama e-Placement membabitkan penempatan 2,231 pegawai perubatan.
“Pegawai perubatan perlu faham bahawa perjawatan tetap ini untuk seluruh Malaysia. Apa yang berlaku ketika ini adalah 60 peratus permohonan pegawai perubatan itu dipenuhi yang kita meletakkan mereka di fasiliti kesihatan atas permintaan mereka.
“Kita mempunyai ruang dan kekosongan perjawatan pegawai perubatan di Sabah, Sarawak dan Labuan. KKM memohon supaya pegawai perubatan ini dapat menerima perpindahan mereka ke Sabah dan Sarawak kerana jawatan itu adalah jawatan tetap,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata kerajaan akan mencari mekanisme untuk mempertahankan pegawai perubatan daripada berhijrah ke luar negara termasuk dengan menambah baik aspek kebajikan.
Lukanisman berkata kementeriannya akan memastikan keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih baik dapat dinikmati doktor tempatan memandangkan negara kini menjadi sasaran hospital dan syarikat perubatan dari Singapura yang menawarkan gaji lumayan.
“Walaupun kerajaan belum mampu menawarkan gaji setimpal seperti negara luar, namun kita sedang menambah baik sistem supaya sekurang-kurangnya dapat memberi keseimbangan yang lebih baik antara kerja dan kehidupan. Isu-isu seperti ‘on-call’, kelelahan pegawai perubatan serta masalah buli di hospital sedang dibincangkan kerana ia bukan perkara yang boleh kita selesaikan hanya melalui kempen,” katanya.
Beberapa media tempatan pada 9 Julai lepas melaporkan Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura sedang menjalankan sesi temu duga secara langsung dengan doktor dan pengamal perubatan am (GP) dari Malaysia di sebuah hotel di Kuala Lumpur.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests