Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

eHATI: INDIVIDU TERLIBAT AKAN DISIASAT, JAIS PERNAH ARAH TUKAR MODUL IKUT SYARAK

DALAM NEGARA

eHATI: INDIVIDU TERLIBAT AKAN DISIASAT, JAIS PERNAH ARAH TUKAR MODUL IKUT SYARAK

Ketua Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (doktrin palsu) kerana disyaki berlaku suatu upacara atau perbuatan berhubung dengan agama Islam yang bertentangan dengan hukum syarak.

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memanggil beberapa individu pada Selasa 15 Julai ini bagi membantu siasatan penganjuran program motivasi rumah tangga, eHATI yang berlangsung di IDCC Shah Alam, pada 27 hingga 30 Sept tahun lalu.

Ketua Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (doktrin palsu) kerana disyaki berlaku suatu upacara atau perbuatan berhubung dengan agama Islam yang bertentangan dengan hukum syarak.

Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan bersama mengikut bidang kuasa agensi masing-masing.

“Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS tidak menerima apa- apa aduan mengenai kejadian yang berlaku di IDCC Shah Alam pada 27 hingga 30 September 2024.

“Namun begitu, pada tahun 2022, JAIS menerima aduan daripada bekas peserta yang mengaitkan eHATI dengan beberapa isu yang disifatkan oleh pengadu adalah tidak wajar dan tidak sesuai menjadi sebahagian modul dalam program motivasi rumah tangga tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan aduan tersebut, penganjur eHATI telah dipanggil oleh Panel Pendengaran di bawah Jawatankuasa Pengawalan Akidah, Majlis Agama Islam Selangor dan telah diminta mengubah beberapa modul agar menepati syarak, tambahnya.

JAIS memandang berat perkara seumpama ini dan akan mengambil segala langkah perlu bagi membendung serta membanteras sebarang aktiviti yang bertentangan dengan hukum syarak serta nilai etika yang tidak diterima rakyat negeri Selangor serta Malaysia.

“JAIS berharap dan memohon kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat tentang program eHATI agar dapat menghubungi Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, JAIS di talian Hotline 1800-88-2424 atau hadir terus ke pejabat bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial berhubung penganjuran program motivasi rumah tangga, eHATI.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading