Dr Lee Boon Chye (dua dari kiri) melihat seni ukir kayu tulisan Cina sempena Pameran Pendidikan Kebudayaan di Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA) hari ini.
IPOH – Kementerian Kesihatan menggalakkan syarikat insurans di negara
ini mengkaji dan menyediakan kemudahan insurans kepada pesakit
kesihatan mental.
Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, selain menjadi antara
masalah kesihatan utama di Malaysia, kos rawatan bagi penyakit itu juga
adalah tinggi.
“Perlindungan insurans ini lebih kepada satu
proposal perniagaan dan sebenarnya ia dikawal selia oleh Bank Negara
bukan Kementerian Kesihatan, namun di pihak kementerian, kita amat
menggalakkan supaya syarikat-syarikat insurans ini mengkaji dan
memberikan liputan kepada penyakit mental.
“Tambahan pula sekarang ini rawatan untuk sakit mental mahal dan
setiap konsultasi psikiatrinya walaupun hanya duduk bincang sahaja sudah
mencecah ratusan ringgit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Pameran Pendidikan Kebudayaan di Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA) hari
ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan
Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye yang menggesa
Kementerian Kesihatan memberi fokus kepada lebih ramai pengamal
perubatan dan mencadangkan agar liputan insurans disediakan bagi rawatan
dan penjagaan kesihatan mental.
Boon Chye berkata, perlindungan
seumpama itu telah disediakan sebuah syarikat insurans di Singapura bagi
lima jenis penyakit mental iaitu kemurungan utama, gangguan bipolar,
skizofrenia, sindrom tourette dan gangguan obesesif kompulsif atau
penyakit OCD.
Boon Chye (kanan) ketika melawat Pameran Pendidikan Kebudayaan di Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA) hari ini.
“Sudah ada contoh syarikat insurans yang boleh menyediakan
perlindungan untuk penyakit ini jadi kita harap pemain industri insurans
dapat mempertimbangkannya,” katanya.
Jelasnya, perlindungan
insurans bukan sahaja dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai
penyakit mental, tetapi menyediakan peluang dan sokongan pada ketika
diperlukan.
“Dalam hal ini, kita juga memahami bahawa penyakit berkaitan
kesihatan mental ini susah untuk ditentusahkan, ada kriteria diagnostik
tertentu terutama bagi lima penyakit mental yang disebutkan itu,”
katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, berdasarkan Tinjauan
Mobiliti Kesihatan Kebangsaan pada 2015, kira-kira 29.2 peratus daripada
4.2 juta penduduk Malaysia yang berusia 16 tahun dan ke atas mengalami
pelbagai penyakit mental.
Katanya, data kesihatan mental remaja
pada 2017 pula menunjukkan, 17.7 peratus remaja perempuan dan 18.9
peratus remaja lelaki berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami
masalah tekanan.
“Data ini dianggap tinggi dan ia satu trend yang tidak boleh diabaikan.
“Dalam menangani masalah kesihatan mental ini, kementerian sedang berusaha meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, komuniti serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.