KUALA LUMPUR, 24 Mei – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kurang bersetuju dengan tindakan MCA yang membantah kerajaan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar dari Palestin meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD) di 12 universiti ternama di Malaysia.
Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ketika simpati dan rasa empati kepada nasib Palestin diluahkan oleh rakyat Malaysia, sikap wakil MCA ini sangat dikesali.
“Soalnya sejak bila negara ini tidak mengambil berat nasib semua kaum, seperti yang ditimbulkan oleh beliau. Malah, beliau mendakwa kaum Cina yang membayar cukai dipinggirkan dalam pendidikan.
“Setelah sekian lama kerajaan BN mahupun PH menyokong dan membela nasib Palestin yang telah sengsara selama lebih 70 tahun, kenapa tiba-tiba pemberian biasiswa kepada pelajar Palestin dipertikaikan.
“Mana bukti pelajar bukan Bumiputera pula tertekan di bawah pemerintahan sekarang bila sedikit peluang memperolehi biasiswa diberi kepada pelajar Palestin,” katanya.
Mohd Azmi menambah, jelas MCA bersikap hipokrit ketika bersama BN menyokong dasar kerajaan terhadap polisi membantu Palestin namun apabila bukan lagi berada di pihak kerajaan, mempersoalkan pula dasar membantu Palestin.
“Apakah yang pelajar tempatan tidak dapat berbanding pelarian Palestin? Pelajar Palestin dinafikan hampir semua hak manusia oleh regim zionis israel, kini terpaksa menjadi pelarian di seluruh dunia.
“Padahal jika diberi peluang mereka jauh lebih berupaya menyumbang kepada kemajuan negara Palestin dan dunia,” tegasnya.
Beliau mempersoalkan kenapa MCA mempertikai pengorbanan kerajaan dan rakyat Malaysia membantu dan memberi peluang pendidikan kepada pelajar Palestin?
“Dimana ruginya Malaysia yang bernasib baik tidak dilanda penjajahan dan perampasan hak, dengan berkorban sedikit untuk membela nasib Palestin ?
“Jelas MCA bersandiwara mengambil cakna soal peluang pendidikan kepada pelajar bumiputera bila ketika turut berkuasa dalam BN tidak pula mempersoalkan bantuan Malaysia kepada Palestin,” ujarnya.
Menurutnya, sepatutnya rakyat berbangga dengan biasiswa yang disalurkan oleh kerajaan kepada pelajar Palestin dengan wang cukai yang dibayar kerana ini adalah sumbangan rakyat Malaysia untuk membela nasib Palestin dalam jangka masa panjang.
“MCA jangan cuba meraih populariti murahan dengan membangkitkan dan mempersoalkan isu membantu rakyat Palestin dengan kononnya peka kepada peluang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera untuk mendapat peluang pendidikan,” katanya.
Terdahulu, memetik laporan Sin Chew Daily, Timbalan Ketua Pemuda MCA, Tan Chee Hiong berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menjaga keperluan semua kaum di negara kita. – Sinar Harian
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.