Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KLUSTER PENJARA SEBERANG PERAI: SEORANG PEGAWAI PENJARA POSITIF COVID-19

DALAM NEGARA

KLUSTER PENJARA SEBERANG PERAI: SEORANG PEGAWAI PENJARA POSITIF COVID-19

Tak perlu PKPD di Penjara Seberang Perai | Harian Metro
Sumber: Harian Metro

PULAU PINANG: Seorang pegawai di Penjara Seberang Perai, Jawi, dilaporkan positif COVID-19, semalam.

Pengarah Penjara Pulau Pinang, Roslan Mohamed berkata, ini merupakan kes pertama yang membabitkan pegawainya selepas mendapati 53 banduan dipenjara itu positif COVID-19.

Menurut Roslan, sebaik keputusan ujian saringan terhadap banduan diterima, pihak petugas kesihatan telah membuat saringan terhadap kontak rapat pegawai terbabit.

Tambahnya, daripada jumlah 53 banduan yang positif COVID-19, 25 banduan adalah banduan yang sedang menjalani hukuman yang telah ditempatkan di blok penghuni baharu yang positif sebelum ini.

Setakat ini, tiada jangkitan dalam kalangan penghuni lama yang tinggal di blok berlainan dengan kes yang dilaporkan positif semalam, dan sehingga Sabtu, sebanyak 54 kes dilaporkan di penjara itu.

Sementara itu, Roslan berkata, semua 160 kes positif baharu di Penjara Reman Pulau Pinang membabitkan tahanan.

Setakat ini, Pulau Pinang mempunyai dua kluster utama iaitu  Penjara Reman dan Penjara Seberang Perai, yang menjadikan kedua-duanya adalah penjara ketiga dan keempat di negara ini yang dijangkiti COVID-19 selepas Tawau di Sabah dan Alor Star di Kedah.

Beliau berkata, walaupun berlaku peningkatan ketara di penjara berkenaan, prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan untuk menangani situasi berkenaan.

Kluster Penjara Reman Pulau Pinang mencatat 160 kes aktif baru semalam menjadikan jumlah positif COVID-19 menjadi 377 dengan satu kematian.

Penjara tersebut kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan peningkatan kes dalam kalangan banduan di penjara itu.

Sehingga hari ini, Pulau Pinang telah mencatatkan sebanyak 439 kes aktif dengan tiga kematian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading