WACANA AL-QURAN: DISKUSI SOLUSI ISU-ISU SEMASA DARIPADA KITAB SUCI

SHAH ALAM: Selepas kejayaan program MY#QURANTIME yang disiarkan menerusi TV AlHijrah dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebuah lagi program yang menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama akan diterbitkan bermula esok.

Program Wacana Al-Quran akan disiarkan secara langsung setiap Isnin jam 6 petang menerusi platform Facebook, YouTube dan Twitter Sinar Harian.

Membincangkan tentang solusi al-Quran terhadap isu-isu semasa yang melanda tanah air; politik, ekonomi dan sosial dalam masyarakat, Wacana Al-Quran adalah program yang memulakan siaran pertamanya pada Isnin, 19 Oktober.

Wacana Al-Quran edisi 19 Oktober menampilkan Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Mohamed Fauzy Abdul Hamid sebagai panel undangan.

Dua tokoh, mewakili bidang akademik dan perniagaan akan diundang esok sebagai panel bagi memperincikan topik “Impak COVID-19: Tenggelam Dalam Debu, iaitu Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Presiden merangkap pengasas MOFAZ Sendirian Berhad, Mohamed Fauzy Abdul Hamid.

Surah pilihan bagi Wacana Al-Quran edisi 19 Oktober adalah Surah Al-Balad.

Manakala itu, Ketua Penyelidik Yayasan WUI, Fazrul Ismail akan bertindak sebagai moderator, manakala qari jemputan adalah Husaini Mahmur, Johan Tilawah Asia di Brunei (2015) dan Thailand (2016). – AlHijrah Online

Leave a Reply