Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: CECAH 869 KES, PALING TINGGI UNTUK KES HARIAN

DALAM NEGARA

COVID-19: CECAH 869 KES, PALING TINGGI UNTUK KES HARIAN

PUTRAJAYA: Kes baharu COVID-19 melonjak tinggi hari ini dengan 869 kes direkodkan sekaligus menjadi kes harian paling tinggi pernah dicatatkan di Malaysia.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 19,627.

Empat kematian direkodkan hari menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 180 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, semua kes baharu hari ini merupakan penularan dalam negara melibatkan 745 warganegara dan 124 bukan warganegara.

Sabah masih mencatat jangkitan baharu tertinggi iaitu 451 kes, manakala Pulau Pinang 189 kes, dan Selangor 159 kes.

Dr Noor Hisham juga menyatakan terdapat lima kluster baharu hari ini iaitu Kluster Teduh (Sabah), Kluster Menara, Kluster Keladi (dua-dua di Selangor), Kluster Sentral (Kuala Lumpur) dan Kluster Bah Bemban (Terengganu).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading