PM BEBAS DARI COVID-19

More tests ahead for Muhyiddin | The Star

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan bebas dari pandemik COVID-19 setelah didapati negatif untuk keputusan ujian saringan bagi sampel kedua.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin telah tamat tempoh kuarantin kendiri semalam.

“Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

“KKM telah menjalankan ujian saringan pengesanan COVID-19 bagi sampel kedua ke atas Perdana Menteri pada 14 Oktober dan telah disahkan negatif pada 15 Oktober,” jelas kenyataan tersebut.

Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa kedua-dua ujian tersebut disahkan negatif dan tempoh kuarantin kendiri beliau tamat pada 16 Oktober.

Ketika ini Muhyiddin mengambil langkah berjaga-jaga dengan kekal menghadiri atau mempengerusikan sebarang mesyuarat menerusi sidang video. — AlHijrah Online

Leave a Reply