KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi Tabung Warga PLUS Prihatin (TWPP) telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM128,000 kepada tujuh hospital terpilih bagi membantu petugas barisan hadapan perubatan membendung wabak COVID-19.
Dana dikumpulkan itu sumbangan daripada 3,800 warga kerja PLUS terdiri pembantu khidmat pelanggan, anggota PLUSRonda, petugas Pusat Kawalan Trafik, kakitangan eksekutif serta kakitangan pengurusan kanan.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, sumbangan daripada warga PLUS itu adalah bertepatan dengan nilai korporat PLUS iaitu menjaga komuniti di sepanjang 30 kilometer jajaran lebuh rayanya.
“Tujuh hospital dipilih di sekitar lebuh raya PLUS antaranya Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban, Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di Kluang, Hospital Melaka, Hospital Tuanku Ampuan Rahimah di Klang, Hospital Selayang dan Hospital Serdang.
“Kakitangan barisan hadapan perubatan amat memerlukan sokongan dari segi bantuan perubatan dan peralatan keselamatan dalam memerangi COVID-19. Bantuan ini tanda sokongan kami kepada kakitangan barisan hadapan terutamanya dari segi bantuan perubatan dan peralatan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Datuk Azman, TWPP ditubuhkan sebagai satu inisiatif buat warga kerja PLUS menyalurkan sumbangan peribadi masing-masing bagi membantu pihak hospital yang memerlukan sokongan.
“Dalam tempoh tiga bulan, TWPP berjaya mengumpulkan RM128,000 dan hasil kutipan berkenaan diharapkan dapat membantu meringankan beban pihak hospital memberikan rawatan kepada pesakit Covid-19.
“Kepada setiap warga kerja PLUS yang menyalurkan sumbangan, mereka patut berasa bangga kerana dengan sumbangan yang diberikan tidak kira berapa jumlahnya, ia mampu menyelamatkan nyawa,” katanya.
April lalu, PLUS turut menyumbang sebanyak RM1.2 juta dalam bentuk peralatan perubatan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE) kepada dua hospital utama pesakit COVID-19 iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.