Tag Archives: covid

KLUSTER PENJARA SEBERANG PERAI: SEORANG PEGAWAI PENJARA POSITIF COVID-19

PULAU PINANG: Seorang pegawai di Penjara Seberang Perai, Jawi, dilaporkan positif COVID-19, semalam. Pengarah Penjara Pulau Pinang, Roslan Mohamed berkata, ini merupakan kes pertama yang membabitkan pegawainya selepas mendapati 53 banduan dipenjara itu positif COVID-19. Menurut Roslan, sebaik keputusan ujian saringan terhadap banduan diterima, pihak petugas kesihatan telah membuat saringan terhadap kontak rapat pegawai terbabit. Tambahnya, daripada jumlah 53 banduan yang

Read more

PM BEBAS DARI COVID-19

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan bebas dari pandemik COVID-19 setelah didapati negatif untuk keputusan ujian saringan bagi sampel kedua. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin telah tamat tempoh kuarantin kendiri semalam. “Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari. “KKM telah menjalankan ujian saringan

Read more

“JANGAN SESUKA HATI BUKA SEMPADAN NEGARA” – WHO

GENEVA, SWITZERLAND: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom memberi peringatan bahawa mana-mana negara yang ingin membuka sempadannya perlu serius dalam usaha mengekang jangkitan COVID-19 dan menyelamatkan nyawa. Jelasnya, ketika ini aspek kawalan perlu diutamakan terlebih dahulu dalam usaha mengawal penularan virus pembunuh itu. “Melonggarkan kawalan tanpa terlebih dahulu mengawal wabak itu adalah resipi kepada bencana.” Dr. Tedros

Read more

PENINGKATAN KES COVID-19 MEMBIMBANGKAN

PUTRAJAYA: Situasi semasa COVID-19 di Malaysia kini membimbangkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebelakangan ini jumlah kes harian meningkat terutama kes penularan di dalam negara. “Sebelum ini, jumlah kes aktif telah menurun kepada 63 kes pada 9 Julai, namun ia mula meningkat kembali melebihi 100 kes pada 19 Julai lalu “Kini angka tersebut mencecah 130 kes,”

Read more

COVID-19: HANYA 20 KES POSITIF DIREKODKAN, TIADA KEMATIAN HARI INI

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini melaporkan 20 kes positif COVID-19 baharu, termasuk lima penularan dalam negara, dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki 15 kes lagi adalah kes import iaitu mendapat jangkitan semasa di luar negara. “Daripada lima kes penularan tempatan, tiga kes adalah bukan warganegara, manakala dua kes membabitkan warganegara, ” katanya

Read more