COVID-19: HANYA 20 KES POSITIF DIREKODKAN, TIADA KEMATIAN HARI INI

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini melaporkan 20 kes positif COVID-19 baharu, termasuk lima penularan dalam negara, dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki 15 kes lagi adalah kes import iaitu mendapat jangkitan semasa di luar negara.

“Daripada lima kes penularan tempatan, tiga kes adalah bukan warganegara, manakala dua kes membabitkan warganegara, ” katanya pada sidang media harian COVID-19 di Putrajaya di sini hari ini.

Ketika ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah 7,877 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 1,292 kes.

Dr Noor Hisham berkata tiada kes kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu dan jumlah kumulatif meninggal dunia kekal pada 115 kes.

Sebanyak 66 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan didiscaj dari hospital sebanyak 6,470 kes atau 82.1 peratus daripada keseluruhan kes. 

Dr Noor Hisham berkata seramai enam pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dua darinya memerlukan bantuan pernafasan. — AlHijrah Online

Leave a Reply