Tag Archives: statistik

COVID-19: MALAYSIA CATAT DUA KES BAHARU, TERENDAH SEJAK PKP

PUTRAJAYA: Jumlah kes positif baharu COVID-19 hari ini adalah paling rendah dicatatkan negara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan hanya dua kes dan tiada penularan dalam negara. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif terkini 8,338 kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 1,206 kes dan kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Read more

COVID-19: TUJUH KES BAHARU, ANGKA TERENDAH SEJAK PKP

KUALA LUMPUR: Hanya tujuh kes baharu positif Covid-19 direkodkan di Malaysia hari ini, angka terendah dicatatkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada tujuh kes itu, lima adalah kes tempatan. “Daripada tujuh kes baharu dilaporkan, dua adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala lima lagi penularan di dalam

Read more

COVID-19: KES BAHARU MASIH DUA ANGKA, KES SEMBUH 79.9 PERATUS

PUTRAJAYA: Jumlah jangkitan kes baharu positif COVID-19 yang dilapor hari ini masih kekal dua angka iaitu 37 kes dengan 10 kes melibatkan warganegara Malaysia. Kes membabitkan kematian pula hanya satu kes dilaporkan dua hari berturut-turut sejak semalam (5 Jun) menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 117 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.  Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor

Read more

TV ALHIJRAH KEKAL SALURAN ISLAMIK NO. 1 NEGARA KETIKA PKP, PKPB

KUALA LUMPUR: AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) kekal sebagai saluran Islamik nombor satu negara ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan menguasai syer saluran telesiyen Islamik melebihi tiga kali ganda berbanding saluran Islamik, demikian menurut data Nielsen Media Research. Antara resepi penguasaan syer saluran Islamik ialah penyediaan kandungan TV bersumberkan al-Quran yang diterima ramai

Read more

COVID-19: HANYA 20 KES POSITIF DIREKODKAN, TIADA KEMATIAN HARI INI

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini melaporkan 20 kes positif COVID-19 baharu, termasuk lima penularan dalam negara, dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki 15 kes lagi adalah kes import iaitu mendapat jangkitan semasa di luar negara. “Daripada lima kes penularan tempatan, tiga kes adalah bukan warganegara, manakala dua kes membabitkan warganegara, ” katanya

Read more

COVID-19: TIADA KEMATIAN SEPULUH HARI BERTURUT-TURUT, 51 KES PULIH

PUTRAJAYA: Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan di Malaysia bagi tempoh 10 hari berturut-turut sejak 23 Mei lepas, dengan jumlah kumulatif kes kematian kekal pada 115 kes (1.46 peratus). Memaklumkan perkembangan terkini kes jangkitan COVID-19 di Malaysia yang semakin menunjukkan penurunan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya enam kes baharu melibatkan kes dalam kalangan warganegara Malaysia hari ini. Katanya terdapat 38 kes baharu dilaporkan,

Read more

COVID-19: 57 KES POSITIF, TIADA KEMATIAN

PUTRAJAYA: Sebanyak 57 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif terkini ialah 7,819 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 57 kes baharu yang dilaporkan, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. “Daripada 47 kes penularan tempatan, 43 adalah kes bukan warganegara manakala kes penularan tempatan dalam kalangan warganegara adalah empat kes sahaja,” katanya pada sidang

Read more

COVID-19: MALAYSIA CATAT KES BAHARU TERENDAH DENGAN 10 KES SEJAK PKP, TIADA KEMATIAN

PUTRAJAYA: Jumlah kes positif baharu COVID-19 hari ini mencatat angka paling rendah dengan 10 kes, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lepas, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif terkini 7,629 kes. Lebih menggembirakan hari ini juga sekali lagi tiada kes kematian dicatatkan seperti sejak seminggu lepas dan jumlah kumulatif maut kekal pada 115. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat

Read more

COVID-19: KES POSITIF CATAT ANGKA PALING RENDAH DENGAN 15 KES, TIADA KEMATIAN

PUTRAJAYA: Jumlah kes positif hari ini mencatat angka paling rendah dengan 15 kes sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lepas dan kembali pada dua angka selepas dua hari berturut-turut mencatat kes tiga angka.  Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 7,619 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 1,421

Read more

COVID-19: 60 KES BAHARU, 33 PULIH, TIADA KEMATIAN

KUALA LUMPUR: Kes positif COVID-19 yang direkod hari ini menunjukkan peningkatan berbanding semalam apabila 60 kes baharu dilaporkan, dengan tujuh daripadanya merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,245 kes. “Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,185. Ingin dimaklumkan daripada 60 kes

Read more
« Older Entries