POLIS AKTIFKAN PUSAT SEHENTI JEMAAH HAJI TERKANDAS DI KLIA
“Pasukan ini akan memberi kemudahan kepada jemaah haji yang terkandas sama ada terkandas di KLIA sebelum berlepas ke Arab Saudi mahupun jemaah haji yang terkandas di Arab Saudi dan tidak dapat mengerjakan haji.”
Gambar fail pada 7 Julai 2023 menunjukkan bakal jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas di Ibu Pejabat Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula hari ini bagi membantu kes jemaah haji terkandas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sebanyak 40 pegawai dan anggota daripada pasukan khas memulakan tugas selama 11 hari, beroperasi dari 8 pagi dan tamat pada 12 tengah malam, 21 Jun.
“Pasukan ini akan memberi kemudahan kepada jemaah haji yang terkandas sama ada terkandas di KLIA sebelum berlepas ke Arab Saudi mahupun jemaah haji yang terkandas di Arab Saudi dan tidak dapat mengerjakan haji.
“Mereka ini akan menerima laporan daripada jemaah haji terlibat, mengenal pasti kesalahan telah berlaku mengikut lunas undang-undang, selain menyalurkan semua laporan kepada agensi yang terbabit supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya pada sidang media di pejabat JSJK di sini hari ini.
Ramli berkata pihaknya turut mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Bagaimanapun, Ramli berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan mengenai jemaah haji yang terkandas di KLIA.
Sementara itu, Ramli berkata statistik jenayah komersial mencatatkan peningkatan tiga peratus iaitu 14,051 kes dalam tempoh enam bulan tahun ini berbanding 13,695 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata nilai kerugian juga menunjukkan trend sama dengan peningkatan sebanyak 32 peratus iaitu RM959,041,692 berbanding tahun lepas yang mencatatkan nilai kerugian sebanyak RM728,846,238.
“Purata 92 kes jenayah komersial dicatatkan sehari. Peningkatan jumlah kes ini bagaimanapun dapat ditangani sewajarnya oleh jabatan ini melalui kadar pertuduhan lebih baik berbanding 2023.
“Ini dapat dilihat melalui sejumlah 6,531 kertas siasatan telah dituduh sehingga minggu ke-22 tahun ini dan jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding 5,643 kertas siasatan yang dituduh bagi tempoh sama 2023,” katanya.
Beliau berkata trend peningkatan kes dan nilai kerugian ini merupakan satu petanda bahawa usaha lebih giat perlu dilaksanakan untuk membanteras kegiatan jenayah komersial. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests