COVID-19: TUJUH KES BAHARU, ANGKA TERENDAH SEJAK PKP

KUALA LUMPUR: Hanya tujuh kes baharu positif Covid-19 direkodkan di Malaysia hari ini, angka terendah dicatatkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada tujuh kes itu, lima adalah kes tempatan.

“Daripada tujuh kes baharu dilaporkan, dua adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala lima lagi penularan di dalam negara membabitkan warganegara Malaysia,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata tambahan tujuh kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif wabak berkenaan di Malaysia kini mencecah 8,329.

Beliau berkata 20 kes pulih dan dibenarkan pulang hari ini.

Tiada pertambahan kes kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah maut kekal 117 kes. – AlHijrah Online.

Leave a Reply