Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DALAM TANDAS STESEN MINYAK

DALAM NEGARA

LELAKI DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DALAM TANDAS STESEN MINYAK

Mangsa ditemukan tersekat pada kerangka pintu tandas sebelum anggota bomba berjaya mengeluarkannya dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

TRONOH: Seorang lelaki berusia 39 tahun ditemukan meninggal dunia selepas tersekat pada kerangka pintu tandas sebuah stesen minyak di Taman Tronoh Baru, Perak.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.20 petang sebelum enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah dikejarkan ke lokasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pasukan bomba tiba pada jam 2.34 petang, kira-kira 13 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, didapati polis bersama pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah berada di tempat kejadian.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 39 tahun berada dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dalam tandas berkenaan,” katanya.

Tambahnya, mangsa didapati tersekat pada bahagian kerangka pintu tandas sebelum Ketua Operasi mengarahkan anggota menjalankan kerja mengeluarkannya secara berhati-hati.

“Ketua Operasi kemudiannya menjalankan penilaian situasi dan mengarahkan anggota bomba melaksanakan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dengan melaraskan kedudukan mangsa secara berhati-hati sehingga berjaya dikeluarkan,” ujarnya.

Mangsa kemudian dibawa keluar menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM.

Operasi yang turut membabitkan empat anggota polis dan tiga pegawai KKM itu dikawal pada jam 2.40 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 3 petang. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading