MANGSA MABUK TRAUMA SEPANJANG HAYAT!

Muhammad Saufi Ahmad, 30, patah tulang peha kerana dilanggar pemandu mabuk dalam satu insiden di ibu negara enam bulan lalu.

Ketika itu Muhammad Saufi dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bermain bola sepak bersama rakannya di padang berdekatan rumahnya di Segambut, sebelum dirempuh dari arah depan oleh kenderaan dipandu pemabuk sekitar jam 7.30 petang.

Kejadian itu menyebabkan beliau trauma dan patah tulang peha kanan. Ikuti laporan Berita AlHijah siaran 7 Jun 2020 mengenai nasib malang mangsa pemandu mabuk itu. — AlHijrah Online.

Leave a Reply