Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKPP: RENTAS NEGERI TIDAK PERLU KELULUSAN POLIS

DALAM NEGARA

PKPP: RENTAS NEGERI TIDAK PERLU KELULUSAN POLIS

KUALA LUMPUR: Kelulusan pihak polis tidak diperlukan bagi individu yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula Rabu ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelulusan perjalanan tidak lagi diperlukan kerana sekatan perjalanan rentas negeri telah tamat.

“Sekatan perjalanan rentas negeri ditamatkan. Ini bermakna rakyat kita bebas bergerak ke seluruh negara tanpa memohon atau mendapat surat kebenaran daripada pihak polis,” katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata beliau menjangkakan ramai pihak akan melakukan perjalanan rentas negeri bermula Rabu ini selepas hampir tiga bulan tidak dapat berbuat demikian.

Beliau menasihatkan individu yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri untuk memastikan kawalan kendiri demi keselamatan diri dan keluarga.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan PKPB yang dijadualkan tamat pada 9 Jun digantikan dengan PKPP bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.

Arahan terbaharu itu juga menyaksikan beberapa kelonggaran diberikan antaranya kebenaran rentas negeri. – AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading