SHAH ALAM: AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) akan menerbitkan My #QuranTime, program interaksi 114 surah al-Quran yang akan bersiaran setiap hari selama dua tahun, bermula 8 Jun depan.
Program tadabbur al-Quran di TV AlHijrah dan platform media digital itu, dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan sokongan Karya Bestari dan Sinar Harian akan bersiaran setiap hari selama sejam sebanyak 604 episod bersamaan 604 muka surat al-Quran.
Bersiaran setiap hari selama sejam bermula jam 12 tengah hari dengan tiga kali slot ulangan di TV AlHijrah pada jam 5 petang, 10 malam dan 6 pagi, My #QuranTime juga boleh ditonton secara live streaming di Facebook TV AlHijrah, Sinar Harian dan QuranHour sebelum disiarkan di Youtube QuranHour Channel.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang juga Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata program itu susulan misi “MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah” digerakkan WUI sejak tujuh lalu dalam usaha memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat, khususnya umat Islam, terhadap kepentingan al-Quran sebagai manual kehidupan.
Katanya, program itu juga diterbitkan susulan kejayaan Malaysia #QuranTime yang disiarkan di TV AlHijrah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mencatatkan 1.6 juta tontonan di platform televisyen dan lebih 10 juta tontonan di Facebook Live TV AlHijrah.
“Kita harap (umat Islam) membaca dan memahami al-Quran sebagai sebahagian hidup kita… Bukan saja khatam membaca (al-Quran), tetapi khatam tadabbur al-Quran,” kata Hussamuddin dalam sidang media My #QuranTime di Yayasan Warisan Ummah, Bangunan Sinar Harian di Seksyen 15 Shah Alam, di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff.
Selain bertujuan menjadikan al-Quran sebagai manual kehidupan masyarakat, program My #QuranTime juga bertujuan membina karekter muslim sejati untuk melonjakkan potensi diri dan kerangka fikir melalui pendekatan baca, amal dan faham.
Program tadabbur al-Quran bermula surah al-Fatihah, al Baqarah juzuk 1 hingga 30 (604 lembaran/muka surat) itu akan dikendalikan hos merangkap pentadabbur, Fazrul Ismail dengan dua Qari iaitu Ustaz Tirmizi Ali dan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.
Mengulas mengenai program itu, Namanzee menyifatkan My #QuranTime sebagai komitmen berskala besar TV AlHijrah setakat ini dari segi operasi dan masa penyiaran sesebuah program.
“Jarang sekali kita melancarkan program bersiaran setiap hari sehingga 604 episod bersamaan 604 lembaran atau muka surat al-Quran yang memakan masa hampir dua tahun.
“Ini adalah komitmen kita terhadap misi untuk MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah,” katanya kepada AlHijrah Online.
Marhaini berkata My #QuranTime bertujuan mendidik masyarakat supaya bukan sekadar membaca al-Quran, sebaliknya berinteraksi dengan kalam Allah swt dan menjadikannya manual kehidupan.
Beliau juga menyifatkan program Malaysia #QuranTime yang sebelum ini ditayangkan di TV AlHijrah ketika PKP sebagai kejayaan besar yang dibuktikan dengan peningkatan wakaf al-Quran dalam kalangan masyarakat.
WUI dengan misi utama “MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah” sebelum ini menyasarkan 15,000 al-Quran diwakafkan di sepanjang PKP, bagaimanapun yayasan itu berjaya menarik 100,000 wakaf al-Quran bagi frontliner COVID-19 melalui projek al-Quran korner dan trolley ibadah ekoran kejayaan Malaysia #QuranTime.
Setiap hari selama sejam dengan tiga slot ulangan dari Ahad hingga Khamis, satu lembaran/muka surat al-Quran akan dibacakan (tadabbur) di My #QuranTime, manakala pentadabbur dan Qari akan memberi imbasan serta ulasan semula tentang apa dikongsi hampir seminggu bersiaran pada hari Jumaat dan Sabtu. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
Mardiyana Abdul Hamid
4 June 2020 at 10:46 PM
Alhamdulillah.. Fainnamal ‘usriyusro, innamaal’ ‘usriyusro.. Slh satu hikmah covid19.. Qurantime!!!! Tq Allah.. Syukur alhamdulillah..
Pingback: MISI TADABBUR 114 SURAH My #QURANTIME DI TV ALHIJRAH BERMULA HARI INI | ALHIJRAH ONLINE
Pingback: TV ALHIJRAH RAIH 10.8 JUTA PENONTON SEPANJANG PKP, RAMADAN DAN SYAWAL | ALHIJRAH ONLINE