Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“JANGAN SESUKA HATI BUKA SEMPADAN NEGARA” – WHO

DUNIA

“JANGAN SESUKA HATI BUKA SEMPADAN NEGARA” – WHO

Sumber: Visoot Uthairam 

GENEVA, SWITZERLAND: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom memberi peringatan bahawa mana-mana negara yang ingin membuka sempadannya perlu serius dalam usaha mengekang jangkitan COVID-19 dan menyelamatkan nyawa.

Jelasnya, ketika ini aspek kawalan perlu diutamakan terlebih dahulu dalam usaha mengawal penularan virus pembunuh itu.

“Melonggarkan kawalan tanpa terlebih dahulu mengawal wabak itu adalah resipi kepada bencana.”

Dr. Tedros Adhanom

Jelas beliau, setakat ini tiada mana-mana negara boleh menganggap wabak COVID-19 telah tamat. Sebaliknya realiti ketika ini menyaksikan virus itu masih mudah merebak.

Kata Adhanom, ia juga boleh menjangkiti sesiapa sahaja dengan mudah tanpa mengira usia dan kebanyakan individu masih terdedah kepada COVID-19.

Setakat ini COVID-19 telah menjangkiti 25.3 juta orang di seluruh dunia, dengan lebih 848,000 kematian.

Amerika Syarikat kekal negara paling tinggi merekodkan jangkitan kes dengan lebih enam juta orang didapati positif. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading