Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM TUNAI SOLAT JUMAAT PERTAMA DI MASJID HAJI MUHAMMAD YASSIN

DALAM NEGARA

PM TUNAI SOLAT JUMAAT PERTAMA DI MASJID HAJI MUHAMMAD YASSIN

JOHOR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menunaikan solat Jumaat buat julung kalinya di Masjid Haji Muhammad Yassin yang terletak di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di Bandar Universiti Pagoh, hari ini.

Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh tiba di masjid berkenaan pada jam 12.30 tengahari dengan berpakaian baju melayu biru lengkap.

Turut mengiringi ahli Parlimen Pagoh itu adalah Pegawai Daerah Muar, Datuk Mohd Haffiz Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi, serta Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Muhyiddin yang lengkap memakai pelitup muka dilihat mendirikan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu sebelum mendengar khutbah yang disampaikan khatib yang juga Imam Besar Johor, Makhadzir Abdan.

Beliau kemudiaannya menyempurnakan solat jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah dengan mengekalkan penjarakan sosial.
 
Masjid tersebut dibina dengan kos RM39.8 juta di atas kawasan yang berkeluasan 47.3 hektar dan mampu memuatkan sehingga 3,500 jemaah.
 
Masjid ini dibuka di kawasan hab Universiti Pagoh itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk laman Islam dan lapan unit kuarters untuk imam, bilal dan siak.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading