Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PBB BIMBANG KETEGANGAN MEMUNCAK SUSULAN ISU KARIKATUR RASULULLAH SAW

DUNIA

PBB BIMBANG KETEGANGAN MEMUNCAK SUSULAN ISU KARIKATUR RASULULLAH SAW

GAMBAR OLEH: Munir UZ ZAMAN / AFP

NEW YORK: Ketua sebuah agensi dinaungi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan berhubung ketegangan yang timbul susulan isu karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Susulan kegusaran itu, Ketua Perikatan Ketamadunan PBB Miguel Angel Moratinos menggesa persefahaman dan sifat saling menghormati semua pihak, meskipun berbeza agama dan pandangan politik.

Moratinos turut menyebut bahawa wakil tertinggi PBB bimbang dengan protes yang tercetus akibat sikap tidak bertoleransi oleh sebuah syarikat penerbitan berhubung kartun satira yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW.

Kenyataan Moratinos itu menyusul berikutan kemarahan memuncak dunia Islam terhadap tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang berkeras mempertahankan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW atas alasan kebebasan bersuara.

Macron juga sebelum ini mengkritik Islam selain mendakwa bahawa agama itu mencetuskan krisis dan keganasan sehingga menimbulkan kemarahan dunia Islam yang menyebabkan tercetusnya protes di beberapa negara ketika situasi COVID-19 masih di tahap membimbangkan.

Moratinos memberi amaran bahawa menghina agama dan simbol agama adalah provokasi terhadap kebencian dan keganasan melampau yang hanya akan memecah-belahkan masyarakat. — AlHijrah online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading