PORTUGAL ISYTIHAR DARURAT

Expresso | Marcelo fala ao país pela RTP: com apoio do PS e do PSD decreta  o estado de emergência
Presiden Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa.

LISBON: Portugal sekali lagi mengisytiharkan perintah darurat kali kedua di negara itu pada Jumaat, berikutan penularan wabak COVID-19 yang meningkat.

Penggubal undang-undang negara itu memberikan sokongan majoriti untuk melaksanakan pengisytiharan darurat.

Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa berkata, pengisytiharan itu akan memberi lebih kuasa kepada kerajaan untuk melaksanakan sekatan yang lebih ketat, seperti perintah berkurung dan penutupan premis.

“Minggu-minggu yang akan datang mesti melibatkan usaha kita bersama untuk mengawal jumlah pesakit di hospital, khususnya bagi mereka yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Ini supaya kita dapat mengelakkan keadaan yang lebih buruk pada Disember, situasi yang boleh menyebabkan sekatan yang drastik dan tidak diingini kita semua.

“Bulan November akan menjadi ujian kepada kita untuk mengawal diri dan bertenang serta kemampuan untuk bertahan dalam solidariti dan ketekunan,” kata Robelo de Sousa.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Portugal, Antonio Costa akan mengadakan mesyuarat kabinet pada Sabtu bagi membincangkan peraturan baharu yang akan diperkenalkan pada Isnin depan.

Portugal mencatatkan 5,500 kes baharu pada Jumaat, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara itu melepasi angka 166,000 sejak wabak COVID-19 melanda.

Gambar: Patricia De Melo Moreira / AFP

Sebelum ini, perintah darurat kali pertama dilaksanakan di Portugal antara 19 Mac hingga 2 Mei.–AlHijrah Online

Leave a Reply