BELANJAWAN 2021: NELAYAN LUAH RASA SYUKUR ELAUN SARA HIDUP DINAIKKAN

KUALA NERUS: Rata-rata nelayan meluahkan rasa syukur atas keprihatinan kerajaan dalam Belanjawan 2021, dengan menaikkan elaun sara hidup daripada RM250 kepada RM300 sebulan yang akan bermula pada Januari 2021.

Meskipun tambahan RM50 bukanlah jumlah yang besar bagi sesetengah pihak namun ianya amat bermakna terutamanya kepada nelayan pantai yang berpendapatan kecil dan tidak menentu.

Seorang nelayan yang ditemui AlHIjrah Online, Che Rani Abdullah, 57 tahun, menyatakan kenaikan itu dapat membantu bagi menampung perbelanjaan apabila tidak dapat turun ke laut ketika musim tengkujuh.

“Kesian pada nelayan yang ada lesen, mereka tiada punca pendapatan lain, lebih-lebih lagi musim tengkujuh, terpaksa duduk lima bulan di darat, harap bantuan kerajaan sahaja untuk tampung kehidupan disamping kos sara hidup makin meningkat,” katanya.

Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen semalam, kerajaan telah mengumumkan kenaikan elaun sara hidup nelayan kepada RM300 sebulan berbanding RM250 sebelum ini.

Lebih 40 ribu nelayan bakal menerima manfaat tersebut yang membabitkan peruntukkan sebanyak RM151 juta.–AlHijrah Online

Leave a Reply