BELANJAWAN SECARA UMUMNYA, MEMAKNAKAN KEHIDUPAN RAKYAT – ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada petang tadi, dapat merangkumi kebajikan pada semua lapisan masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan pandangan yang memuaskan terhadap belanjawan yang dibentangkan tadi.
“Belanjawan ini sudah tentu akan dapat dimanfaatkan oleh keseluruhan golongan.
“Pelbagai insentif yang telah diberi serta beberapa pengecualian yang terkait, yang boleh membawa bebanan kepada rakyat, cuba diatasi dengan sebaik mungkin,” ujar beliau dalam video ringkas di akaun YouTube Dr Zulkifli.
Zulkifli akan menjelaskan mengenai Belanjawan 2020 yang berkaitan dengan hal ehwal agama dibawah kementeriannya dalam masa yang terdekat.
Di penghujung video, Dr Zulkifli mengucapkan terima kasih dan sekalung tahniah kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kerajaan Malaysia ke atas keprihatinan kepada golongan agamawan dan agama Islam.
Dalam Belanjawan 2021, peruntukkan sebanyak RM1.4 bilion diberikan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.–AlHijrah Online