Connect with us

ALHIJRAH NEWS

EMPAT MINGGU PKPB DI SEMENANJUNG KECUALI PERLIS, PAHANG, KELANTAN

DALAM NEGARA

EMPAT MINGGU PKPB DI SEMENANJUNG KECUALI PERLIS, PAHANG, KELANTAN

KUALA LUMPUR: Semua negeri di semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama empat minggu bermula 9 November hingga 6 Disember 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penguatkuasaan itu susulan peningkatan ketara bilangan kes COVID-19 di negeri-negeri terlibat.

“Sidang khas hari ini mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kes positif COVID-19 di semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, dan Terengganu.

“KKM telah melaksanakan penilaian risiko dan mendapati terdapat peningkatan ketara bilangan COVID-19 dan kadar kebolehjangkitan di negeri-negeri ini,” katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Jelas Ismail Sabri, pelaksanaan PKPB itu membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti dan mengekang penularan COVID-19.

Menurut Ismail Sabri, dengan pengumuman tersebut, PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijadual berakhir pada 9 November ini dilanjutkan sehingga 6 Disember 2020. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading