Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES BAHARU COVID-19 MINGGUAN MENINGKAT 21.5 PERATUS

DALAM NEGARA

KES BAHARU COVID-19 MINGGUAN MENINGKAT 21.5 PERATUS

Bilangan kes tempatan COVID-19 meningkat sebanyak 21.6 peratus iaitu 14,493 kes berbanding 11,916 kes (bagi minggu sebelumnya).

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14,525 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-42 (ME 42/2022) iaitu dari 16 hingga 22 Okt, meningkat 21.5 peratus berbanding 11,957 kes dicatatkan minggu sebelumnya (ME 41), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Bilangan kes tempatan COVID-19 meningkat sebanyak 21.6 peratus iaitu 14,493 kes berbanding 11,916 kes (bagi minggu sebelumnya),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata bilangan kes import pada ME 42 pula turun sebanyak 22 peratus dengan 32 kes dicatatkan berbanding 41 kes pada ME 41.

Bilangan kes kematian pada ME 42 naik sebanyak 70.6 peratus daripada 17 kes kepada 29 kes, manakala bilangan kes sembuh berkurangan 0.9 peratus kepada 11,078 kes berbanding 11,180 kes pada ME 41.

Dr Noor Hisham berkata purata kes aktif setiap hari bagi ME 42 ialah 24,867, iaitu turun sebanyak 9.4 peratus berbanding minggu sebelumnya.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading