DALAM NEGARA
PEMBUBARAN PARLIMEN, PRU-15 TIDAK JEJAS SAMBUTAN DEEPAVALI – PM
Pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak menjejaskan kemeriahan sambutan perayaan Deepavali yang diraikan penganut Hindu hari ini.
Pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak menjejaskan kemeriahan sambutan perayaan Deepavali yang diraikan penganut Hindu hari ini.

SHAH ALAM: Pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak menjejaskan kemeriahan sambutan perayaan Deepavali yang diraikan penganut Hindu hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata sebelum ini ada kata-kata kononnya pihaknya tidak menghormati sensitiviti dan perasaan masyarakat Malaysia beragama Hindu kerana membubarkan Parlimen untuk diadakan PRU15 dalam tempoh hampir dengan sambutan Deepavali.
“Saya lihat walaupun dalam keadaan musim menghadapi pilihan raya tetapi ia tidak menjejaskan sambutan hari Deepavali. Pembubaran Parlimen langsung tidak menjejaskan sambutan malah lebih meriah. Jadi saya mengucapkan Deepavali Valthukkal,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui semasa menghadiri rumah terbuka Deepavali Presiden MIC Tan Sri S. A Vigneswaran di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata beliau melihat sambutan perayaan itu tahun ini amat meriah dan melambangkan semangat kekeluargaan Keluarga Malaysia seperti yang sentiasa diidamkannya.
“Inilah sebenarnya keharmonian yang kita perlukan bagi kita meneruskan pembangunan negara,” kata beliau.
Ismail Sabri yang tiba pada 11.15 pagi, meluangkan masa lebih satu jam di rumah terbuka Deepavali di kediaman Vigneswaran di Kota Kemuning di sini.
Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Perak sedang berbincang dengan beberapa pelabur dalam dan luar negara yang berminat menyertai ekosistem automotif AHTV...
Seorang warga emas maut selepas dipercayai terperangkap di ruang tamu dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung...
JAKIM kekal konsisten dan tegas dalam pendirian menolak sebarang ajaran, fahaman, amalan atau pendekatan yang bertentangan...
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata UiTM perlu membuat penilaian semula secara menyeluruh terhadap...
Mangsa murid tahun dua membonceng motosikal Yamaha LC yang ditunggangi neneknya yang berusia 50 tahun dipercayai...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.