Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOMPAUN RM1,000 KEKAL, PESALAH BOLEH BUAT RAYUAN RINGANKAN HUKUMAN

DALAM NEGARA

KOMPAUN RM1,000 KEKAL, PESALAH BOLEH BUAT RAYUAN RINGANKAN HUKUMAN

GAMBAR IHSAN SINAR HARIAN

TANJUNG MALIM: Kerajaan tidak bercadang meminda undang-undang bagi kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan kompaun RM1,000 bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setiap denda dan hukuman yang dikenakan tidak kira mengikut akta mana sekalIpun masih boleh membuat rayuan.

“Saya rasa tidak perlu kita pinda akta tersebut kerana hendak meminda akta perlukan masa, sedangkan kes sedang berlaku.

“Jadi kita teruskan apa yang ada tetapi budi bicara boleh digunakan untuk mengurangkan kompaun yang dikenakan,” katanya.

Jelas Ismail Sabri, pindaan sebarang akta perlu melalui parlimen dan ia akan mengambil masa yang panjang.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan faham dengan beban rakyat terutama keluarga berpendapatan rendah jika mereka dikompaun RM1,000 atas kesalahan ingkar tidak memakai pelitup muka.

Namun katanya, denda tersebut boleh dikurangkan atas budi bicara hakim.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Ismail Sabri berkata demikian kepada media selepas Program Santai Melukis Mural di Pasar Slim River, Perak.

Beliau mengulas desakan ahli parlimen pembangkang supaya mengkaji semula kadar denda sebanyak RM1,000 yang dikenakan terhadap mereka yang tidak memakai pelitup muka.

Bermula 1 Ogos lalu kerajaan menetapkan, pemakaian pelitup muka diwajibkan khususnya ketika berada dalam pengangkutan awam dan kawasan sesak.

Keingkaran kepada peraturan itu boleh didenda RM1,000 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

1 Comment

1 Comment

  1. D Gana

    3 October 2020 at 8:57 PM

    Selamat petang, rayuan kompaun tak pakai mask boleh dibuat di pejabat mana?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading