Penduduk Palestin menyatakan bantahan terhadap deal of the century. – Foto Sinar Harian
WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Pelan damai pentadbiran
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, deal of the century sekali lagi
berpihak kepada Israel selepas Washington mengiktiraf kedaulatan negara itu ke
atas Bukit Golan selain mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ‘ibu negara’ Tel Aviv.
Rancangan damai yang wajar digelar komplot AS-Israel itu
jelas berat sebelah kerana ia hanya merangkumi ‘cadangan praktikal’ untuk
memperbaiki kehidupan penduduk Palestin dan tidak lebih daripada itu.
Menurut laporan The Washington Post, ia turut menyekat
cadangan penubuhan negara berdaulat Palestin bersama Israel. Butiran perjanjian
itu dijangka diterbitkan tidak lama lagi selepas lebih dua tahun ia ‘diformulasikan’
oleh kumpulan mewakili Trump termasuk wakil khas, Jason Greenblatt dan
penasihat kanan jutawan hartanah itu, Jared Kushner.
Sumber rapat Kushner dan pegawai AS mendedahkan rancangan itu
agak berbeza dan tidak melibatkan pelan damai yang telah diusahakan pemimpin
terdahulu sejak lebih 20 tahun lalu sebaliknya ia hanya memberi tumpuan
terhadap keselamatan Israel.
“Kushner dan pegawai AS mengaitkan perdamaian dan pembangunan
ekonomi kepada pengiktirafan rantau Arab ke atas Israel dan penerimaan versi
status quo terhadap ‘kuasa autonomi’ Palestin sebagai menentang kedaulatan
wilayah itu,” jelas laporan itu.
Menerusi wawancara bersama Sky News Arabia, menantu Trump
berkata, mereka cuba mencari penyelesaian yang adil terhadap isu tersebut pada
2019 untuk membolehkan masyarakat menjalani kehidupan lebih baik walaupun ia
tidak menawarkan sebarang insentif khusus kepada penduduk Palestin.
Tetapi, apa yang Kushner cuba tawarkan di bawah pelan empat
teras iaitu kebebasan, menghormati, keselamatan dan peluang untuk semua pihak
itu hanyalah cadangan mengenai peluang ekonomi untuk penduduk Palestin sebagai
pertukaran dengan rampasan ke atas Tebing Barat dan wilayah lain yang menjadi
pertikaian antara Israel-Palestin.
Sementara itu, pegawai di Rumah Putih menyifatkan pelan itu
kononnya realistik.
“Kami mengkaji usaha sebelum ini dan memperoleh idea daripada
kedua belah pihak dan rakan di rantau terbabit. Oleh itu, kami telah mengambil
pendekatan tidak konvensional tidak bersembunyi daripada realiti sebaliknya bercakap
benar,” ujarnya.
Laporan laman maklumat Axios memetik kenyataan pemerintah
Jordan, Raja Abdullah II mendakwa Rumah Putih tidak memberi sebarang maklumat
tentang rancangan mereka untuk membahagikan wilayah Palestin ketika mesyuarat
tertutup antara beliau dengan penggubal undang-undang AS pada bulan lalu.
Sebelum ini, Trump dengan angkuh memaklumkan rakan pemimpin
dunia bahawa beliau akan mengubah tanggapan tradisional tentang cara untuk
menyelesaikan konflik Israel-Palestin tersebut.
Tetapi, hasil tersebut tidak akan kelihatan seperti diplomasi
peribadi beliau bersama Korea Utara kerana ia bakal kelihatan seperti ‘produk’ Kushner
yang menjadi agen Trump dalam kesemua perjanjian damai di Timur Tengah sejak
pemimpin itu mengambil alih jawatan di Rumah Putih pada 2017.
Seramai 25 bekas pegawai negara anggota Kesatuan Eropah (EU)
termasuk bekas Setiausaha Luar Parti Buruh di Britain, David Miliband dan Jack
Straw menandatangani surat mendesak penolakan deal of the century jika ia
bersifat berat sebelah terhadap Palestin.
Surat yang menzahirkan keraguan terhadap perjanjian dibuat AS
itu turut meminta EU berpegang teguh pada prinsip menyokong penyelesaian dua
negara dalam menangani isu Israel-Palestin.
“Kami yakin perjanjian itu cuba mengurangkan status Palestin
kepada entiti yang tidak mempunyai kedaulatan, persempadanan wilayah dan daya
maju ekonomi yang akan menyebabkan kegagalan teruk dalam usaha damai sebelum
ini,” kata salah seorang daripada mereka.
Mereka turut mengkritik pentadbiran Trump kerana mengambil
pendekatan tidak ambil peduli terhadap projek peluasan kawasan penempatan haram
Yahudi yang disokong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata,
cabaran pertama yang perlu dihadapi kerajaan baharu adalah deal of the century.
Jelasnnya, sebarang usaha untuk berunding dengan pentadbiran
Trump adalah perkara sia-sia.
“Sejak daripada awal kami menolak perjanjian itu kerana ia
tidak merangkumi Baitulmaqdis dan kami tidak mahu menubuhkan negara tanpa
Baitulmaqdis atau Gaza,” tegasnya.
Pelan damai yang bakal mencetuskan kontroversi itu dijangka diumumkan ketika sambutan ulang tahun ke-71 Hari Nakba (Malapetaka) pada 15 Mei depan yang menyaksikan pengusiran hampir sejuta penduduk Palestin ketika wilayah itu diduduki Israel pada 1948. – Sinar Harian
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager