KONFLIK IRAN-ISRAEL: BERI PENGHARGAAN ATAS KETEGASAN ANWAR – GEOSTRATEGIS
Prof Dr Azmi Hassan berkata ketegasan Perdana Menteri itu membuatkan Malaysia dilihat sebagai sebuah negara “kecil” yang berani menyatakan pendiriannya pada saat pemimpin negara lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
KUALA LUMPUR: Pendirian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung konflik antara Iran dan Israel harus dipuji, kata Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Prof Dr Azmi Hassan.
Beliau berkata ketegasan Perdana Menteri itu membuatkan Malaysia dilihat sebagai sebuah negara “kecil” yang berani menyatakan pendiriannya pada saat pemimpin negara lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Dalam perkara ini, kita patut beri penghargaan (atas) ketegasan Perdana Menteri yang berani, bukan secara sorok-sorok (tetapi) berterus-terang (menunjukkan) kita bersama-sama dengan Iran dalam perkara ini,” katanya ketika menjadi tetamu pada rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.
Azmi berkata perbezaan mazhab tidak seharusnya menjadi isu memandangkan negara Barat sememangnya mahu menekan Iran bagi menukar kepimpinan di negara itu.
“Dalam isu Palestin, Malaysia bersama Brunei menyokong Palestin secara terang-terangan. Dalam isu Iran ini sama juga hanya Malaysia dan Brunei yang nampaknya menyokong Iran, lebih-lebih lagi Malaysia yang amat berterus-terang menyokong Iran.
“Kalau kita baca kenyataan Wisma Putra mengenai konflik ini, mereka menyatakan Iran berhak mempertahankan diri sendiri mengikut Perkara 41 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.
Dalam pada itu, beliau menjangkakan konflik antara Iran dan Israel itu tidak akan berpanjangan sehingga membawa kepada tercetusnya perang dunia ketiga seperti yang banyak digembar-gemburkan.
“Saya percaya Israel tidak akan melakukan serangan balas kerana (Perdana Menteri Israel) Benjamin Netanyahu berada dalam kedudukan paling lemah sekali untuk mendapat sokongan antarabangsa. Apa yang berlaku di Gaza itu (menyebabkan) sukar bagi beliau (mendapatkan sokongan), jadi tiada sebab untuknya memanjangkan konflik ini,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager