HANTARAN HINA AGONG: JAINJ DIMINTA SEDIA KHUTBAH KHAS KEPENTINGAN DOA SESAMA MUSLIM
Hantaran individu terbabit yang mendakwa tidak menadahkan tangan ketika doa dibacakan untuk Yang di-Pertuan Agong selepas khutbah solat Jumaat, dikhuatiri akan mewujudkan budaya yang akan diikuti umum.
KOTA TINGGI: Kesal dengan hantaran tular seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim baru-baru ini, Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata hantaran individu terbabit yang mendakwa tidak menadahkan tangan ketika doa dibacakan untuk Yang di-Pertuan Agong selepas khutbah solat Jumaat, dikhuatiri akan mewujudkan budaya yang akan diikuti umum.
“Kita bertanggungjawab untuk mendoakan sesama Muslim dan ia satu kewajipan, apatah lagi kepada pemimpin sebab pemimpin turut mendoakan kita,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) di Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hantaran tular itu.
“Saya telah pun mengarahkan JAINJ dan kebiasaannya khutbah Jumaat telah pun disiapkan untuk tempoh sebulan tetapi apabila ada isu-isu khas seperti ini, kita akan mohon untuk disiarkan secara khas mengikut keperluan.
“Saya percaya dalam tempoh dua minggu ini draf khutbah tersebut akan dilaksana supaya nanti ia dapat diedarkan kepada semua khatib,” katanya.
Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama “Hezry Yasin” dalam hantarannya baru-baru ini mendakwa tidak menadahkan tangan ketika doa dibacakan untuk Yang di-Pertuan Agong dan keluarga diraja selepas khutbah solat Jumaat di sebuah masjid di Johor.
Pemilik akaun itu turut mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu serta memperjuang dan mempertahan Islam ketika agama diancam.
Semalam, Ketua Polis Johor CP M Kumar dalam kenyataan dilapor sebagai berkata pihaknya telah menerima sebanyak 36 laporan berhubung hantaran itu.
“Kesemua pengadu (babitkan 36 laporan polis) telah dirakam percakapan dengan semua rakaman berkenaan diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.