Sebanyak 20 aktivis dari Malaysia akan menyertai pelayaran misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang dijangka berlepas dari Istanbul, Turkiye pada hujung bulan ini.
SERI KEMBANGAN: Sebanyak 20 aktivis dari Malaysia akan menyertai pelayaran misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang dijangka berlepas dari Istanbul, Turkiye pada hujung bulan ini.
Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCare) Datuk Seri Dr Kamal Nashruddin Mustapha berkata kesemua mereka akan menyertai aktivis dari 30 negara berkumpul di Istanbul pada 18 April sebagai persiapan akhir misi yang dinamakan Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla itu.
“Tiga kapal dijangka belayar pada 28 April terdiri daripada satu kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan 1,000 orang.
“Kapal-kapal ini akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa kenderaan termasuk lapan ambulans,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MyCare di sini hari ini.
Beliau berkata 20 aktivis Malaysia yang terpilih menyertai misi itu terdiri daripada pengamal media, doktor dan aktivis kemanusiaan.
Seorang daripada peserta Dr Fauziah Hassan berharap misi tersebut akan berjaya mencapai matlamatnya untuk mengurangkan beban ditanggung oleh penduduk Gaza.
“Kita berdoa sangat supaya diberi keselamatan dan juga semua bantuan yang kami bawa sampai ke Gaza kerana itulah pengharapan mereka kerana barang-barang yang dibawa memang keperluan mereka pada masa ini,” katanya yang telah tiga kali menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.
Sementara itu, wartawan Bernama TV Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof berkata peluang yang diberikan untuk menyertai misi kemanusiaan tersebut akan digunakan sebaik mungkin bagi memberikan gambaran sebenar tentang situasi penduduk Gaza yang ditekan oleh rejim Israel.
“Peluang ke Gaza ini tak semua orang dapat, bila dah tengok apa yang berlaku ini saya nak tonjolkan situasi di Gaza ketika ini. Sebelum ini bantuan dihantar melalui udara, tetapi sekarang ini kita nak cuba hantar secara langsung kepada mereka. Kita nak tengok macam mana suasana di sana.
“Kerisauan kami adalah bagaimana untuk menyampaikan keadaan dan suasana di sana untuk tatapan umum,” katanya.
Muhammad Hafizuddin dan jurukamera Mohammad Nulhakim Jailan akan mewakili Bernama menyertai misi kali ini, yang juga merupakan satu daripada rakan media rasmi. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked