Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOS KELUAR SEBUAH KELUARGA DARI GAZA KINI MELEBIHI US$3,000, DI TENGAH-TENGAH SERANGAN ISRAEL – UNRWA

DUNIA

KOS KELUAR SEBUAH KELUARGA DARI GAZA KINI MELEBIHI US$3,000, DI TENGAH-TENGAH SERANGAN ISRAEL – UNRWA

Kos yang perlu ditanggung sebuah keluarga untuk meninggalkan rumah mereka di Bandar Gaza ketika serangan Israel kini dianggarkan mencecah US$3,180, kata Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Jumaat, ketika kekurangan bahan api, larangan bekalan tempat perlindungan dan ruang sementara yang sesak memburukkan lagi krisis kemanusiaan, lapor Anadolu Ajansi.

Sumber: ARKIB

ANKARA: Kos yang perlu ditanggung sebuah keluarga untuk meninggalkan rumah mereka di Bandar Gaza ketika serangan Israel kini dianggarkan mencecah US$3,180, kata Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Jumaat, ketika kekurangan bahan api, larangan bekalan tempat perlindungan dan ruang sementara yang sesak memburukkan lagi krisis kemanusiaan, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan di platform media sosial X, UNRWA menekankan pelbagai cabaran termasuk kekurangan bahan api, larangan hampir tujuh bulan terhadap bekalan tempat perlindungan UNRWA, kesesakan dan kesukaran mencari ruang perlindungan sementara, serta kemerosotan pendapatan isi rumah selepas hampir dua tahun perang.

Infografik yang disertakan menunjukkan anggaran kos bagi sebuah keluarga yang mencari perlindungan: US$1,000 untuk teksi, US$2,000 untuk khemah keluarga, dan US$180 untuk ruang tanah –menjadikan jumlah keseluruhan US$3,180.

UNRWA menggesa masyarakat antarabangsa menyalurkan bantuan bagi meringankan tekanan kewangan dan kemanusiaan yang semakin meningkat terhadap keluarga pelarian di Gaza.

Sejak 7 Okt 2023, Israel telah melancarkan serangan genosid terhadap Gaza yang mengakibatkan lebih 65,100 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Ratusan ribu penduduk telah dipaksa berpindah, manakala kebuluran meragut sekurang-kurangnya 440 nyawa warga Palestin, termasuk 147 kanak-kanak.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading