KPM TELAH JUMPA IBU BAPA PELAJAR DITAMPAR JURULATIH
Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dua pemain bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih, semalam.
SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dua pemain bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih, semalam.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pertemuan itu adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak ibu bapa pelajar yang terlibat dengan kejadian tersebut.
“Kami (KPM) dah jumpa ibu bapa pelajar untuk dapatkan maklum balas dan kami tidak akan bertolak ansur soal keganasan terutamanya terhadap pelajar kita.
“Keprihatinan kami sangat besar berkenaan isu ini dan keutamaan kami adalah keselamatan serta kebajikan pelajar tersebut,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pembukaan sekolah sesi ketiga bagi tahun 2022-2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, hari ini.
Beliau berkata maklum balas yang diterima daripada ibu bapa serta pihak berkepentingan yang lain akan dilihat secara keseluruhan dan siasatan bakal diteruskan khususnya yang berkait rapat dengan integriti dan tatatertib.
Fadhlina berkata KPM menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka juga sudah melaksanakan sesi kaunseling terhadap dua remaja berkenaan.
Sementara itu, ketika ditanya adakah KPM akan membuat laporan polis berkenaan isu terbabit, Fadhlina berkata pihak kementerian boleh melaksanakan siasatan menerusi bahagian integriti dan tatatertib.
“Kami masih lagi menyiasat, tidak semestinya kami tunggu laporan polis. Kami boleh siasat sebab ada bahagian integriti dan tatatertib,” katanya.
Sebelum ini tular video memaparkan tindakan seorang jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemain remaja perempuan. Insiden itu dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang diadakan pada 14 hingga 16 Dis lepas.
Mengulas berhubung kewajaran untuk menambah prasekolah dan tadika kerajaan di kawasan bandar kerana dikatakan tidak mampu menampung keperluan semasa, Fadhlina berkata kementeriannya sedang melihat keutamaan perkara itu.
Beliau berkata pihaknya bersama ketua setiausaha KPM dan ketua pengarah Pelajaran Malaysia sudah berbincang mengenai perkara berkenaan dan melihat ada keperluan untuk menambah fasiliti tersebut serta dasar terkait rapat mengenai perkara itu akan dipercepatkan.
Mengulas berhubung prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 di sekolah susulan penemuan dua varian utama dari China yang sudah ada di Malaysia, Fadhlina berkata kementeriannya akan merujuk dan patuh kepada arahan terkini Kementerian Kesihatan.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata sekolah turut diberi kelonggaran untuk membenarkan pelajar mereka memakai tali leher ataupun tidak berbuat demikian kerana kuasa tersebut adalah bawah bidang kuasa sekolah.
Beliau mengulas pertanyaan pemberita susulan Dewan Rakyat kini melonggarkan pemakaian tali leher.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests