Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AS: WANITA TRANSGENDER BAKAL JALANI HUKUMAN MATI

DALAM NEGARA

AS: WANITA TRANSGENDER BAKAL JALANI HUKUMAN MATI

Seorang wanita transgender bakal menjadi transgender pertama yang akan menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) kecuali dia diberikan pengampunan. 

NEW YORK: Seorang wanita transgender bakal menjadi transgender pertama yang akan menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) kecuali dia diberikan pengampunan. 

Amber McLaughlin, 49, akan menjalani hukuman mati dengan suntikan maut, di Missouri pada Selasa, lapor Agensi Anadolu memetik Associated Press. 

Pada 2003, dia yang dulunya dikenali sebagai Scott McLaughlin telah merogol dan menikam bekas teman wanitanya sehingga mati dan membuang mayat wanita itu di St. Louis berhampiran Sungai Mississippi.

Peguamnya Larry Komp telah mengemukakan petisyen kepada Gabenor Missouri Mike Parson untuk mendapatkan pengampunan.

McLaughlin yang menjadi transgender ketika berada dalam penjara, dikatakan pernah melalui zaman kanak-kanak yang traumatik serta mempunyai masalah kesihatan mental dan pernah cuba membunuh diri beberapa kali, menurut petisyen pengampunan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading