Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ULAMA JORDAN, SYEIKH MUHAMMAD NAIM YASIN MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

ULAMA JORDAN, SYEIKH MUHAMMAD NAIM YASIN MENINGGAL DUNIA

Beliau merupakan ulama fiqh kontemporari antaranya berkaitan akidah, perubatan dan zakat serta terkenal di peringkat antarabangsa. Antara karya ilmiahnya yang terkenal ialah kitab Al-Iman.

KUALA LUMPUR: Ilmuan Fiqh terkemuka Jordan, Sheikh Dr. Muhammad Naim Yasin dilaporkan meninggal dunia pada malam tadi, selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Khabar duka itu dikongsikan di laman rasmi Facebooknya yang memaklumkan bahawa almarhum kembali menghadap Ilahi dengan keadaaan tenang.

“Khabar gembira kepada kamu, nafasnya yang terakhir keluar seperti angin lembut. Dia tidak sakit atau menderita, wajahnya tersenyum dan bercahaya”, maklum keluarganya dalam hantaran tersebut malam tadi.

Difahamkan, solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Mohammed Abu AlHaj Altilawy, Amman di Jordan selepas solat Asar (waktu tempatan).

Untuk rekod, Sheikh Dr. Muhammad Naim Yasin memiliki dua ijazah sarjana muda iaitu bidang syariah dan undang-undang yang dari Universiti Damsyik, Syria.

Beliau juga mempunyai dua ijazah sarjana (Master) dari Universiti Al Azhar, Mesir dalam bidang Fiqh Muqaran (fiqh perbandingan) dan undang-undang di Universiti Kaherah, Mesir.

Beliau menamatkan bidang pengajiannya di peringkat doktor (PhD) dalam bidang Fiqh Muqaran (fiqh perbandingan) di Universiti Al Azhar, Mesir.

Sheikh Dr. Muhammad Naim Yasin merupakan ulama fiqh kontemporari antaranya berkaitan akidah, perubatan dan zakat serta terkenal di peringkat antarabangsa. Antara karya ilmiahnya yang terkenal ialah kitab Al-Iman.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading