KUASA PERTENGAHAN SEPERTI MALAYSIA DAPAT BANTU KURANGKAN KETEGANGAN – PM ANWAR
Kuasa pertengahan seperti Malaysia dapat mengurangkan ketegangan antara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China ketika ia mencapai hubungan secara pragmatik dan bijaksana, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SAN FRANCISCO: Kuasa pertengahan seperti Malaysia dapat mengurangkan ketegangan antara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China ketika ia mencapai hubungan secara pragmatik dan bijaksana, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita akan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk meminimumkan risiko, iaitu konflik langsung atau pembahagian ekonomi global kepada blok tegar. Kedua-duanya dilihat berlaku tidak lama lagi, tetapi ia munasabah di bawah tekanan yang semakin meningkat ini.
“Saya tidak percaya konflik bersenjata antara kuasa besar sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dan kuasa pertengahan seperti Malaysia boleh membantu mengurangkan ketegangan menerusi diplomasi kreatif,” kata beliau pada syarahan khas bertajuk “Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific” di University of California di sini pada Rabu. Kira-kira 250 pelajar menghadiri acara itu.
Anwar berkata masih ada ruang untuk meneruskan hubungan kukuh dengan AS dan China khususnya dalam bidang seperti perubahan iklim, peralihan tenaga, pendidikan dan hubungan antara rakyat yang menawarkan ruang kerjasama.
Menyedari percanggahan pasti akan timbul, Malaysia masih melihat nilai dalam penglibatan dengan Washington dan Beijing, kata beliau.
“Kedinamikan ekonomi, budaya inovasi dan peranan utama dalam menjamin kestabilan serantau akan memastikan ia menerajui banyak bidang tidak lama lagi.
“Melainkan berlaku kesilapan sekali-sekala dalam kedudukan dasar, keterbukaan keseluruhan Amerika terhadap imigrasi dan bakat mengekalkan kelebihan daya saing ini. Selagi persaingan keamanan masih ada, negara seperti kita tidak perlu memilih satu pihak atau yang lain,” kata Perdana Menteri.
Anwar berkata China akan kekal sebagai pusat kepada hal ehwal serantau kerana saiznya, kedekatannya dan hubungan mendalam dengan Asia Tenggara.
“Apabila ekonomi China matang, ia akan mengalihkan penekanan daripada pelaburan dan eksport kepada penggunaan dan perkhidmatan domestik. Skala besar penduduk China memastikan pasaran besarnya akan terus berkembang dengan ketara.
“Realiti ini bermaksud hubungan membina dengan China kekal penting, walaupun kita mengimbangi peranan Amerika yang lama bertahan.
“Melibatkan kedua-dua kuasa besar memberikan Malaysia ruang lebih strategik untuk memajukan kepentingan negara. Pada fikiran saya, mantera ini terpakai secara menyeluruh untuk seluruh Asia Tenggara, walaupun akan ada perbezaan dalam perinciannya,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.
Mengenai Laut China Selatan, Perdana Menteri berkata kedudukan Malaysia berakar umbi dalam mengekalkan keperluan strategik dan ekonomi.
“Kami menentang sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang menjejaskan integriti wilayah atau kebebasan pelayaran kami. Laluan komunikasi laut yang tidak terikat melalui Laut China Selatan adalah penting kerana negara kita akan terbahagi tanpanya,” kata beliau.
Namun begitu, Anwar bekata Malaysia percaya kuasa diplomasi ialah mekanisme terbaik untuk penyelesaian konflik.
“Kami juga amat bergantung kepada sumber minyak dan gas dalam zon ekonomi eksklusif yang sah, yang menyumbang hingga 40 peratus daripada hasil kerajaan bergantung kepada harga komoditi. Kedudukan kami adalah konsisten dan tidak berubah.
Menurut Anwar, dasar luar yang pragmatik mengintegrasikan diplomasi dan mencari kestabilan.
“Walaupun tidak berkompromi dalam mempertahankan hak kedaulatan, Malaysia secara konsisten mengasaskan pendekatannya dalam undang-undang antarabangsa, khususnya UNCLOS (Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
“Ketika cabaran berkala timbul, Malaysia berjaya meneruskan perkongsian strategik dengan China, membolehkan kerjasama dipertingkat dalam bidang seperti perdagangan, pelaburan dan pelancongan sambil tetap berpegang kepada prinsip kami.
“Kami bertekad untuk meneruskannya dalam cara yang membina, yang mempunyai kepentingan jangka panjang sebagai panduan,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata tiada keraguan bahawa persaingan AS-China akan menjadi realiti struktural dalam hal ehwal dunia.
“Hampir kesemua aspek utama hubungan antarabangsa akan dibentuk oleh keadaan ini. Namun, ia akan menjadi amat mudah untuk mengurangkannya kepada dua negara berkenaan sahaja,” kata beliau.
Anwar berkata berikutan saiznya, keyakinan yang semakin meningkat pada pentas antarabangsa dan budaya yang sangat berpengaruh dan diaspora global, India akan semakin menonjol dalam hal ehwal global.
“Walaupun ada penentang, adalah tidak bijak untuk bertaruh menentang Jepun yang ekonominya telah agak pulih berbanding sebelumnya, menunjukkan daya tahannya,” kata beliau.
Anwar berkata hasrat Jepun untuk menjadi negara yang lebih normal dan memainkan peranan aktif dalam keselamatan Asia Pasifik adalah wajar dan sah.
“Kami juga berharap Korea Selatan mengembangkan peranannya dalam menstabilkan Asia Pasifik yang lebih luas. Pertemuan banyak negara, masing-masing mencari peranan dan kepentingan yang bertanggungjawab di rantau, akan menjana keseimbangan yang akan mengekalkan keamanan dan kemakmuran untuk semua,” kata Anwar.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked