KABUL: Enam sukarelawan Misi Kecemasan ke Afghanistan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul di sini jam 4.30 petang waktu tempatan (8 malam Malaysia) semalam.
Misi anjuran Global Peace Mission (GPM) Malaysia dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) menjadi kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama dari Malaysia tiba di Afghanistan selepas pertukaran kerajaan di negara bergolak itu.
Kumpulan enam sukarelawan NGO Malaysia itu diketuai Azlan Muhammad Sharif dari GPM tiba di Kabul dari Islamabad melalui jalan udara.
Mereka dijadual berada di negara bergolak itu selama dua minggu bagi menilai keperluan mendesak di Afghanistan yang dilaporkan berdepan krisis kemanusiaan dan ekonomi selepas Kabul dikuasai Taliban pada pertengahan bulan lalu.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata enam sukarelawan misi perolehan fakta (fact finding mission) GPM digerakkan bagi menilai keperluan kemanusiaan di Afghanistan.
Setakat ini, Malaysia belum menyatakan pendirian rasmi terhadap kedudukan pentadbiran kerajaan sementara Afghanistan diketuai Mullah Mohammad Hasan Akhund.
Amerika Syarikat (AS) sebelum ini mengundurkan sepenuhnya tenteranya pada 11 September lalu selepas 20 tahun berada di negara bergolak itu dan berperang dengan kumpulan Taliban dalam kempen “War on Terror” pasca insiden serangan ke atas bangunan World Trade Center pada 11 September 2001.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini dilaporkan berkata Afghanistan berdepan krisis kemanusiaan yang meruncing dengan 18.4 juta rakyatnya memerlukan bantuan kecemasan segera.
Empat puluh peratus daripada 40 juta populasi keseluruhan Afghanistan dilaporkan tidak cukup makan dan keadaan diburukkan lagi dengan krisis ekonomi akibat pembekuan aset dan bantuan dana kepada Afghanistan dari luar negara.
Dunia kini memerhatikan bagaimana Taliban yang kembali berkuasa di Afghanistan selepas era pemerintahan pertamanya pada 1996 hingga 2001 memerintah, khususnya dalam isu keterbukaan dan hak wanita di negara itu. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
Pingback: "Hampir Semua Yang Kalian Dengar Di Media Barat Adalah Tidak Tepat Sama Sekali", Kumpulan NGO Malaysia Pertama Tiba Di Afghanistan | Solusi Anak Muda