RENTAS NEGERI KE PULAU REDANG, ENAM DIKOMPAUN

KUALA NERUS: Padah melakukan rentas negeri untuk melancong ke Pulau Redang, enam individu termasuk seorang wanita telah dikompaun.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata kesemua mereka masing-masing berasal dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 seorang.

Ujarnya mereka yang berusia 32 hingga 47 tahun ditahan menerusi operasi bersepadu pematuhan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi fasa tiga untuk sektor pelancongan yang dijalankan pada Jumaat dan Sabtu.

Beliau berkata, operasi tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOp) berlaku untuk mengawal penularan COVID-19.

Rohaimi berkata, tindakan keras juga akan dikenakan terhadap mana-mana pengusaha resort yang mengabaikan SOP yang telah digariskan termasuk membenarkan pelancong daripada negeri luar Terengganu menginap dengan tujuan melancong atau gagal memastikan pelanggan lengkap menerima vaksin COVID-19. — AlHijrah Online

Leave a Reply