Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEBENARAN RENTAS NEGERI BEBERAPA MINGGU LAGI – PM

DALAM NEGARA

KEBENARAN RENTAS NEGERI BEBERAPA MINGGU LAGI – PM

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Kebenaran merentas negeri untuk rakyat Malaysia yang telah lengkap divaksinasi akan dapat diberikan dalam beberapa minggu lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejumlah 81 peratus populasi dewasa dalam negara telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat Rabu lepas (22 September).

Tambahnya, dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu.

“Insyaallah, sabar. Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri.

“Kalau Rabu lepas sudah capai 81 peratus, maknanya sudah tidak lama lagi boleh rentas negeri. Jadi bolehlah balik ke kampung berjumpa ibu bapa. Saya difahamkan ada yang sudah setahun tidak berpeluang berjumpa ibu bapa,” katanya, hari ini.

Rabu lalu, Ismail Sabri mengumumkan kebenaran merentas negeri akan diberikan selepas kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading