Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TEMPOH DOS KEDUA AZTRAZENECA DIPENDEKKAN 6 MINGGU

DALAM NEGARA

TEMPOH DOS KEDUA AZTRAZENECA DIPENDEKKAN 6 MINGGU

GAMBAR ARKIB. (KREDIT: JABATAN PENERANGAN)

KUALA LUMPUR: Pemberian dos kedua vaksin Astrazeneca akan dipendekkan kepada enam minggu berbanding sembilan minggu yang dilaksana ketika ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tempoh baharu itu akan berkuatkuasa 1 Oktober depan.

“Ini adalah untuk memberi kemudahan kepada mereka yang telah mendapat dos pertama Astrazeneca.

“Mereka boleh menerima dos kedua selepas 6 minggu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sebelum ini sela masa pemberian dos kedua vaksin Astrazeneca adalah 12 minggu sebelum dipendekkan kepada sembilan minggu.

Mengulas mengenai pemberian vaksin kepada remaja, Khairy Jamaluddin memaklumkan hanya remaja tidak bersekolah, penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan remaja ‘home schooling’ dibenarkan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Selain daripada kumpulan itu, pemberian vaksin akan dijalankan secara berjadual di 156 PPV serta di sekolah. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading