Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUTIPAN TABUNG MUSA’ADAH JAKIM-YWM CECAH HAMPIR RM9 JUTA

DALAM NEGARA

KUTIPAN TABUNG MUSA’ADAH JAKIM-YWM CECAH HAMPIR RM9 JUTA

Jumlah kutipan Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-Yayasan Wakaf Malaysia (JAKIM-YWM) kini mencecah RM8.8 juta.

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Jumlah kutipan Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-Yayasan Wakaf Malaysia (JAKIM-YWM) kini mencecah RM8.8 juta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata dana daripada tabung berkenaan akan diagihkan secara berperingkat ke Palestin untuk dimanfaatkan bagi pembinaan kemudahan infrastruktur. 

“Kita beri tumpuan lebih kepada bantuan pasca konflik di Palestin. Cadangan kita adalah untuk bina hospital dan pusat dapur.

“Kita akan kerjasama dengan beberapa NGO (badan bukan kerajaan) untuk bina kemudahan yang kita rancangkan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama strategik antara YWM dan LC Wakaful Digital Sdn Bhd serta penyerahan cek contoh Tabung Musa’adah Jakim-YWM di sini hari ini.

Tabung Musa’adah JAKIM-YWM dilancarkan pada Oktober 2020 yang berfungsi sebagai tabung bantuan kemanusiaan kepada golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan bangsa.

Mengenai perjanjian kerjasama strategik, Mohd Na’im berkata ia bertujuan mempelbagaikan platform kutipan dan agihan wakaf melalui penggunaan platform bantuan sosial pintar GoBarakah.

“Melalui GoBarakah, masyarakat boleh berwakaf secara tunai atau membuat sumbangan melalui pembelian e-baucar yang kemudiannya akan diserahkan kepada YWM untuk tujuan agihan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading