Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SYARIKAT PERKAPALAN BERPANGKALAN DI ISRAEL, ZIM DILARANG BERLABUH DI MALAYSIA – PM

DALAM NEGARA

SYARIKAT PERKAPALAN BERPANGKALAN DI ISRAEL, ZIM DILARANG BERLABUH DI MALAYSIA – PM

Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat serta tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM untuk berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta merta.

“Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata, kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.

Tambahnya lagi, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

“Kedua-dua sekatan ini berkuat kuasa serta-merta. Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia,” katanya.

Sebagai rekod, Kabinet Malaysia pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia.

Namun, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading