NEW YORK: Koordinator Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Keamanan di Asia Barat Tor Wennesland berkata 2023 yang akan melabuhkan tirainya sebagai satu daripada tahun yang menyaksikan paling banyak kematian dalam sejarah konflik Palestin-Israel.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada sesi Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi di Asia Barat, termasuk persoalan Palestin.
Wennesland turut menyentuh mengenai situasi kemanusiaan yang semakin teruk di seluruh Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.
“Penghantaran bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza terus berdepan cabaran yang hampir tidak dapat diatasi,” katanya.
Menurut beliau jumlah penduduk dipaksa berpindah dan pertempuran sengit sukar dibayangkan, sistem tindak balas kemanusiaan berada di ambang kehancuran.
Beliau juga mengutuk pembunuhan orang awam di Gaza, termasuk wanita dan kanak-kanak selain menyatakan kesedihannya berhubung kematian penduduk, termasuk 131 kakitangan PBB yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza.
Wennesland pada masa sama menyuarakan “kebimbangan mendalam” berhubung ketegangan yang semakin meningkat di Tebing Barat yang diduduki, termasuk di Baitulmaqdis Timur.
Beliau turut bimbang terhadap serangan yang dilakukan oleh pendatang haram Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.
“Semua pelaku keganasan mesti bertanggungjawab dan segera dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
WAFA melaporkan Wennesland turut terkejut dengan pelbagai insiden pegawai yang mengagungkan keganasan dan menggalakkan pembunuhan orang awam.
Wennesland berkata tindakan merampas tanah Palestin untuk dijadikan penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur, mengancam usaha mewujdukan negara Palestin yang merdeka.
Beliau mengulangi bahawa penempatan haram Israel merupakan pencabulan terang-terangan terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa serta menyeru rejim Israel untuk menghentikan aktiviti itu serta-merta.
Menurut beliau PBB kekal komited untuk menyokong rakyat Palestin dan Israel dalam menamatkan pendudukan dan menyelesaikan konflik selaras dengan undang-undang antarabangsa, resolusi PBB yang berkaitan dan perjanjian dua hala dalam usaha mencapai penyelesaian dua negara.
Sekurang-kurangnya 19,660 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 52,500 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Okt.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager