Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAPAN TAHUN LARIKAN DIRI, BURUH WARGA MYANMAR DIDAKWA BUNUH PEKERJA DOBI

DALAM NEGARA

LAPAN TAHUN LARIKAN DIRI, BURUH WARGA MYANMAR DIDAKWA BUNUH PEKERJA DOBI

Seorang buruh warga Myanmar yang telah lapan tahun melarikan diri daripada pihak berkuasa, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan membunuh seorang pekerja dobi warga Bangladesh, pada 2015.

KUALA LUMPUR: Seorang buruh warga Myanmar yang telah lapan tahun melarikan diri daripada pihak berkuasa, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini atas pertuduhan membunuh seorang pekerja dobi warga Bangladesh, pada 2015.

Ajib Kham, 37, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret Normaizan Rahim.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabkan kematian pemuda Bangladesh, Uzzal Ali, 28, di Jalan 2/2, Pandan Cahaya, di sini, pada 8.30 malam, 5 Sept 2015.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati, tertuduh berdepan hukuman sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 3 Okt depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semalam, Ketua Polis Daerah Ampang ACP Mohd Azam Ismail, dilaporkan berkata suspek ditahan dalam satu serbuan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 12.30 tengah malam, 23 Jun lepas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading