LAPORAN PSIKIATRI SAHKAN YASIN LAYAK DIBICARAKAN KES DADAH
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diberitahu bahawa keputusan laporan psikiatri oleh Hospital Bahagia UIu Kinta, Perak mengesahkan penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman, layak dibicarakan bagi tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini diberitahu bahawa keputusan laporan psikiatri oleh Hospital Bahagia UIu Kinta, Perak mengesahkan penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman, layak dibicarakan bagi tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin ketika membacakan laporan tersebut berkata tertuduh disahkan tidak waras ketika kejadian.
“Bagaimanapun, keadaan mental tertuduh bertambah baik dan kini layak dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan serta mampu membela diri,” katanya semasa sebutan kes hari ini.
Ahmad Zuhaini berkata tertuduh juga disahkan menghidap penyakit kecelaruan bipolar dan hipertiroidisme.
“Sehubungan itu, pihak kami mohon tarikh sebutan untuk mendapatkan arahan daripada Jabatan Peguam Negara, mengenai perkembangan kes itu,” katanya.
Peguam Ariff Azami Hussein mewakili Muhammad Yasin pula berkata laporan psikiatri itu mengesahkan dua perkara mustahak iaitu, Muhammad Yasin tidak waras ketika kejadian dan layak dibicarakan.
“Kami percaya perbicaraan terhadap tertuduh boleh diteruskan seperti dimaklumkan pendakwaan, bicara secara formal mengikut Bab 33 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) supaya akhirnya satu perintah di bawah Seksyen 347 KTJ iaitu, penghakiman pembebasan atas alasan gangguan mental dapat dikeluarkan,” katanya yang memohon perbicaraan berlangsung secara singkat, iaitu selama dua hari.
Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad kemudian menetapkan sebutan kes pada 9 Ogos dan perbicaraan berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Ogos ini.
Muhammad Yasin, 48, yang dibawa dari Hospital Bahagia Ulu Kinta hadir pada prosiding hari ini, dengan memakai t-shirt berwarna hitam.
Pada 8 Mei lalu, mahkamah memerintahkan Muhammad Yasin dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk pemeriksaan tahap kesihatan mentalnya, selepas membenarkan permohonan pembelaan supaya tertuduh diperiksa oleh pakar psikiatri.
Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, 24 Mac tahun lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, tarikh yang sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 6 Akta ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan dan Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3), yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.